Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mé.rah.mé.ra.han] | کميره-ميرهن

Definisi : berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mé.rah.mé.ra.han] | کميره-ميرهن

Definisi : agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemerah-merahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
KORNELIAN

Kornelian ialah sejenis batu kuarza berwarna

merah atau perang kemerah-merahan yang boleh

dipotong-potong dan digilap untuk dijadikan

barang permata.

UMUM 
REDSTART

Redstart ialah burung hutan jarang di Eropah

dan Afrika Utara. Burung ini membesar sehingga

lebih kurang 14 sentimeter panjangnya. Burung

jantan mempunyai ekor dan dada berwarna

perang kemerah-merahan, topeng muka hitam,

dan dahi putih. Burung betina berwarna perang

di sebelah atas, manakala bahagian bawahnya

pucat tetapi warna ekornya sama seperti yang

jantan.

UMUM 
STEENBOK

Steenbok, juga dieja steinbok, ialah antelop

kecil yang hidup di selatan dan tengah timur Afrika.

Namanya bermakna rusa jantan bata dalam bahasa

Adrikaan kerana warnanya kemerah-merahan.

Steenbok dewasa tingginya kira-kira 55 sentimeter

pada paras bahu dan beratnya kira-kira 11

kilogram. Steenbok jantan bertanduk pendek, lurus

dan steenbok betina tidak bertanduk. Steenbok

biasanya hidup bersendirian di hutan jarang dan

kekal berada di kawasan tertentu yang dinamakan

wilayah. Ia boleh hidup tanpa meminum air.

Steenbok mendapat lembapan yang diperlukannya

daripada rumput dan daun yang dimakan.

Pengelasan saintifik. Steenbok adalah anggota famili

Bovidae. Ia adalah Raphicerus campestris.

UMUM 
FAJAR

Fajar ialah cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit.

FIZIKKonsep
AILANTUS

Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di

bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat

ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus

mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang

licin dan mengeluarkan buah berwarna perang

kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat

sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari

China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara

lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan

pokok berdaun jejarum (gambar)).

UMUM 
ROB ROY

Rob Roy (1671–1734) ialah penjahat Scotland yang

nama sebenarnya ialah Robert MacGregor. Roy

ialah perkataan Gaelik bermakna merah.

MacGregor menjadi terkenal sebagai Rob Roy

kerana rambutnya yang berwarna merah dan

wajahnya juga yang kemerah-merahan.

UMUM 
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
ANTARES

Antares , yang juga dikenali sebagai Alpha Scorpii,

ialah bintang yang paling terang dalam buruj

Scorpius. Antares ialah bintang yang amat besar dan

dikelaskan sebagai gergasi besar merah.

Diameternya lebih kurang 630 kali sebesar diameter

matahari. Walau bagaimanapun, Antares adalah jauh

lebih sejuk daripada matahari, dan dengan itu

kelihatan kemerah-merahan. Suhu permukaannya

hanya kira-kira separuh daripada suhu matahari.

UMUMUmum
12

Kembali ke atas