Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mer.dé.ka.an] | کمرديکاءن

Definisi : perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mer.dé.ka.an] | کمرديکاءن

Definisi : keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdeka (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas;,
Kata Terbitan : memerdekakan, kemerdekaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bulan kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan ?Bulan KemerdekaanEjaan05.03.2020
1. Hari kemerdekaan 2. Hari kemerdekaan Malaysia Adakah 1 & 2 ialah kata nama khas dan memerlukan huruf besar pada setiap perkataan? Terima kasih“Hari kemerdekaan” merupakan kata nama am manakala “Hari Kemerdekaan Malaysia” merupakan kata nama khas yang huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa25.10.2022
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan 'dengan' dalam ayat. Antara berikut, yang manakah betul? 1. bersempena dengan Hari Kemerdekaan 2. sempena dengan Hari Kemerdekaan 3. bersempena Hari KemerdekaanFrasa yang gramatis ialah bersempena dengan Hari Kemerdekaan ..., perlu ada "dengan" dalam frasa tersebut.Tatabahasa27.12.2012
Salam, Adakah hari kemerdekaan bukan nama khas ?Apakah beza hari kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan?Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna hari Kemerdekaan juga ialah hari Kebangsaan tetapi hari Kebangsaan tidak semestinya hari Kemerdekaan.Tatabahasa18.10.2011
Bolehkah saya tahu yang mana lebih sesuai dan tepat : Perisytiharan Kemerdekaan Singapura atau Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura? Apa perbezaan 'perisytiharan' dan 'pemasyhuran'?Perisytiharan ialah sesuatu yang diisytiharkan atau penryataan, manakala pemasyhuran ialah perbuatan atau hal memasyhurkan; atau perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan, namun ungkapan yang paling tepat ialah Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura.Tatabahasa22.07.2015
jika pascamerdeka dieja rapat, bagaimana pula "kemerdekaan"?, pascakemerdekaan atau pasca kemerdekaan? Terima KasihEjaan yang betul ialah pascakemerdekaan.Lain-lain30.11.2020
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu).Lain-lain13.08.2016
Salam, Benarkah penggunaan istilah Hari Kebangsan kini sudah ditukar kepada Hari Kemerdekaan? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan.Makna14.08.2012
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)?Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. Tatabahasa11.02.2011
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP

1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan.

2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami.

Tatabahasa02.11.2011
12345678910

Kembali ke atas