Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mi/] | کميق

Definisi : 1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek; terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mi/] | کميق

Definisi : 1 lekuk pd tin dll; kepik: Periuknya terjatuh lalu ~. 2 tidak mancung (bkn hidung); penyek: hidung ~ hidung yg penyek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemik (adjektif)
1. Dalam konteks tin
bersinonim dengan lekuk kecil kemek, kepik, penyok, penyek, pesuk, lubang, leper,

2. Dalam konteks hidung
bersinonim dengan penyet, kepek, bengot, herot, piuh, peset, pipih,

Kata Terbitan : terkemik, mengemikkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 

Kembali ke atas