Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung; mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~; mengempiskan menyebabkan (menjadi­kan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : pipih kerana kurang atau tiada lagi isinya; tidak melembung: Tayar basikalnya ~. mengempis menjadi kempis: Belon yg dipegangnya ~ kerana terdapat lubang halus pdnya. mengempiskan menjadikan kempis (dgn mengeluarkan angin atau isinya): ~ perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kempis (adjektif)
Bersinonim dengan cengkung, cekung, kempung, caung, lekuk ke dalam, kempot, kempum, kecut, susut, seruh, gentat, kedut, kisut, lisut, menjadi pipih, kisip;,
Kata Terbitan : mengempiskan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collapsekempisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat kayu yang disebabkan oleh tegasan yang berlebihan yang dialami oleh kayu dan menyebabkan kekerekotan sel dan juga perubahan bentuk dan ukurannya. Keadaan ini terjadi akibat proses pengeringan yang terlalu cepat atau akibat rawatan pengawetan menggunakan tekanan berlebihan. Keadaan ini dapat dikesan daripada permukaan yang tidak rata atau permukaan yang melengkung ke dalam.
collapsed lumberkayu kempisPerhutananTiadaTiada
run-flat tyretayar gerak-kempisKejuruteraan AutomotifTiadaTiada
beatdenyutPerubatanTiadaGerakan turun naik atau kembang kempis sesuatu struktur, misalnya gerakan nadi dan jantung. Gerakan ini dapat dilihat, dirasa atau didengar dengan menggunakan stetoskop.
pneumothoraxpneumotoraksPerubatanTiadaPengisian udara atau gas di rongga pleura yang mengakibatkan peparu menjadi kempis. Keadaan ini berlaku sama ada secara spontan atau akibat trauma, atau proses patologi, atau secara sengaja.
pulsationpendenyutan; denyutanPentadbiran PerniagaanTiada1. Denyutan: Debaran atau denyutan yang beritma, seperti pada jantung atau arteri.,2. Pendenyutan: Proses gerakan kembangan kempis atau turun naik nadi, jantung dan lain-lain.
tracheatrakeaPerubatanTiadaTiub yang menyalurkan udara masuk ke dalam peparu. Tiub ini bermula dari larinks dan kemudiannya bercabang menjadi dua bronkus, dan disokong serta diperkuat oleh bingkai rawan yang berbentuk C, yang mengelakkannya daripada menjadi kempis.

Kembali ke atas