Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.da.han] | کمودهن

Definisi : 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.da.han] | کمودهن

Definisi : 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMUDAHAN AWAM UMUM 
TAIPING

TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British.  Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota.  Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya.  Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan.  Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883.  bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan.  Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOTEL

Motel ialah tempat yang menyediakan

kemudahan penginapan terutamanya kepada

pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di

persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan

pinggir bandar atau berhampiran lapangan

terbang. Semua motel menyediakan kemudahan

letak kereta secara percuma dan tetamu boleh

sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel

mempunyai restoran dan kolam renang.

UMUM 
TEROWONG ANGIN

Terowong angin ialah kemudahan pengujian di

darat yang digunakan untuk mengkaji kesan angin

atau aliran udara terhadap kapal terbang dan lain-lain

kenderaan dan struktur. Terowong angin

dibina dalam banyak bentuk dan untuk tujuan yang

berbeza. Sesetengahnya sangat besar dan boleh

menguji kapal terbang eksperimental saiz sebenar.

Tetapi kebanyakan terowong angin menguji model

saiz kecil.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
MOZAMBIQUE

Mozambique ialah negara yang terletak di

pantai bahagian tenggara benua Afrika.

Negara ini terkenal dengan banyak pelabuhannya.

Kemudahan yang terdapat di pelabuhannya

digunakan oleh negara jiran. Maputo ialah ibu

negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama.

Mozambique diperintah oleh Portugal dari awal

tahun 1500-an hingga tahun 1975, apabila ia

mendapat kemerdekaan selepas berjuang selama

sepuluh tahun menentang pemerintahan Portugal.

UMUM 
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
REZA SHAH PAHLAVI

Reza Shah Pahlavi (1878–1944) ialah raja Parsi

atau kini dikenali dengan nama Iran. Baginda

memerintah dari tahun 1925 hingga tahun 1941.

Sepanjang pemerintahannya, banyak perubahan

dan kemudahan yang disediakan dalam negara

termasuk pembinaan landasan kereta api dan

kilang perindustrian. Sektor pendidikan turut

dimajukan, di samping menambah peluang

pekerjaan dan pendidikan bagi kaum wanita. Dia

juga mengemaskinikan sistem perundangan.

UMUM 
KEDAI SERBANEKA

Kedai serbaneka merupakan kedai yang sangat

besar yang menjual pelbagai jenis barangan dalam

beberapa bahagian yang berasingan tetapi ia

diuruskan di bawah satu pengurusan. Ia juga

menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan.

UMUM 
PORTSMOUTH

Portsmouth (pend. 174 700) ialah bandar dan

daerah kerajaan tempatan di selatan, England.

Untuk lokasinya lihat England (peta politik). Ia

adalah pelabuhan Selat Inggeris dan pusat tentera

laut yang menyediakan pelbagai kemudahan

pelabuhan. Kereta dan feri penumpang bergerak

dari Portsmouth ke pelabuhan Perancis, iaitu

Kepulauan Channel dan Isle of Wight.

Perkhidmatan hoverkraf turut disediakan untuk ke

Isle of Wight.

UMUM 
123

Kembali ke atas