Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.da.han] | کمودهن

Definisi : 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.da.han] | کمودهن

Definisi : 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condominiumkondominiumSosiologiTiadaBlok kediaman mewah yang mempunyai kemudahan-kemudahan tertentu termasuk rekreasi, kawalan keselamatan, dan mempunyai pengurusan sendiri.
hotel classificationklasifikasi hotelPentadbiran PerniagaanTiadaSistem pengelasan hotel mengikut kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di sesebuah hotel.
condominiumkondominiumKesenianSeni BinaBlok kediaman mewah bertingkat yang mempunyai kemudahan-kemudahan tertentu seperti kolam renang, rumah kelab, kawalan keselamatan dan mempunyai pengurusan sendiri. Rumah jenis ini biasanya dibina di bandar-bandar besar yang mempunyai tanah yang terhad. Keluasan rumah ini adalah lebih kurang sama dengan saiz rumah teres dua tingkat.
condominiumkondominiumPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBlok kediaman mewah yang mempunyai kemudahan- kemudahan tertentu termasuk rekreasi, kawalan keselamatan, dan mempunyai pengurusan sendiri.
log onlog masukKejuruteraanTiadaMekanisme yang dengannya pengguna sistem komputer mengenalkan dirinya dan dapat menggunakan kemudahan-kemudahan sistem.
log inlog masukKejuruteraanTiadaMekanisme yang dengannya pengguna sistem komputer mengenalkan dirinya dan dapat menggunakan kemudahan-kemudahan sistem.
studio floor standpelan lantai studioKomunikasiTiadaLakaran bercetak yang berbentuk lantai dan kawasan studio lainnya yang dibuat mengikut ukuran yang ditentukan. Pada lakaran ini ditandakan kemudahan-kemudahan teknikal seperti suis lampu dan kedudukannya, jenis lampu, pintu masuk dan pintu keluar dan sebagainya. Fungsi pelan ini ialah untuk membolehkan pereka set merangka susunan set studio sebelum rakaman dijalankan.
service facilitykemudahan layanan; kemudahan perkhidmatanPentadbiranTiadaTiada
space structurestruktur ruangKejuruteraanKejuruteraan BangunanStruktur yang mampu menahan daya-daya yang bertindak pada sebarang titik di permukaan struktur pada sebarang arah dan sudut kecondongan. Struktur ini digunakan dalam pembinaan gudang, penutup padang permainan dan kemudahan-kemudahan lain.
air supported structurestruktur sokongan udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanStruktur yang ditegakkan atau disokong oleh tekanan udara. Ia mempunyai kedap udara di sekeliling dasar struktur. Struktur binaan seperti ini biasanya diperbuat daripada nilon bersalut vinil dan digunakan sebagai gudang atau penutup padang permainan dan kemudahan-kemudahan lain. (Rajah 87) struktur sokongan udara (Rajah 87)
12345678910...

Kembali ke atas