Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa yang di maksudkan Kemudahan awam?

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kemudahan awam ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya. 

Makna16.01.2009
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih.Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa11.02.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai tanda baca koma (,). Adakah betul jika tanda koma diletakkan sebelum perkataan dan? Contoh ayat: ...perlombongan, ladang, dan kemudahan awam. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Contoh ayat....perlombongan, ladang, dan kemudahan awam - tanda koma di sini adalah betul.
Tatabahasa10.01.2019
Pola ayat : Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. Tatabahasa 25.01.2011 Hotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif Tatabahasa 02.03.2011 Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa 11.02.2011 Pada pendapat saya, jwp bagi ketiga-tiga ayat di atas (dipetik drp halaman Khidmat Nasihat DBP) salah. Berwarna & bertaraf kedua-duanya merupakan kata kerja. Oleh itu, pola ayat sepatutnya FN + FK Terima kasih. Drp: Cikgu ChowPenerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa18.08.2015
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan?Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur.Tatabahasa18.12.2015
1. peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Adakah perkataan ini merupakan perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikut kursus secara sambilan atau IPT hendak mengesahkan kursus sambilan. Pemahaman saya adalah perkataan aktif bahawa pegawai berkaitan mengikuti kursus secara sambilan. Mohon nasihatkan saya.Kami berpandangan, kedua-dua ayat tersebut memberitahu akan kewujudan peraturan yang berkaitan, yang boleh dirujuk oleh pembaca atau pihak-pihak yang berkeperluan. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan pekeliling, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka membantu dari aspek teknikal ayat, manakala tafsiran yang persis dapatkan daripada pihak yang berwenang.


Lain-lain23.05.2023
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan.Istilah16.08.2018
Salam Sejahtera Tuan Puan, Saya dengan rendah dirinya ingin memohon khidmat nasihat akan maksud perkataan ini. Saya mohon jika tuan puan boleh menasihatkan saya. Berikut adalah dua perkataan yang saya memerlukan khidmat nasihat. 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara adalah diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Saya berpendapat, ayat ini mengatakan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan di IPT dalam negara layak mendapat kemudahan cuti tanpa rekod. Perkataan ini tidak mengatakan memerlukan sebarang dokumentasi institut pengajian yang mengatakan sambilan, tetapi lebih kepada kegiatan/ aktiviti seorang pegawai yang mengikut pengajian secara sambilan. Adalah perkataan ini melambangkan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan atau universiti harus maklumkan bahawa kursus adalah sambilan. Saya memohon pencerahan daripaha pihak Tuan/Puan untuk perkataan ini. Segala sokongan amat dihargai. Saya boleh dihubungi di talian 0167710762 untuk sebarang makluman lanjut.Ayat 1 dan 2 tersebut berkaitan dengan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod pegawai awam secara sambilan di IPTA dalam negara yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Tafsiran peraturan dalam mana-mana surat pekeliling hendaklah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pusataka membantu dari aspek makna perkataan, istilah dan tatabahasa. Untuk mengetahui ejaan/makna kata, pengguna boleh membuat semakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. 


Lain-lain22.05.2023
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar

Encik Noraidi,

Dalam menentukan nama  sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa  (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira.  Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan".

Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi,  jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya  jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll);

kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang.

Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan  tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut.

 

Tatabahasa10.06.2009
12

Kembali ke atas