Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemudi (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan stereng, setir, setang, lesa,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan teraju, pucuk pimpinan, kuasa tertinggi, pentadbir, pengurus, penyelia, pengelola, pengendali, penyelenggara,

Kata Terbitan : mengemudikan, pengemudi,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemudi1. perkakas (alat) pd buritan kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2. alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3. ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi:Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1. mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2. memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1. orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2. orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll.Kamus Pelajar
tangan 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi tangkai atau pemegang kemudi.Kamus Pelajar
berkemudimemakai atau mempunyai kemudi:Kapal ~, kereta berstereng.Kamus Pelajar
menjabat1. memegang sesuatu:~ kemudi. 2. memegang atau melakukan sesuatu pekerjaan; menjawat:Ia ~ pekerjaan itu selama sepuluh tahun.Kamus Pelajar
kelikir I1. gelang rotan dll yg dipasang pd kemudi atau pd tiang kapal. 2. gelang rotan yg dipasang pd hidung kerbau.Kamus Pelajar
mengemudikan1. mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2. memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu.Kamus Pelajar
jabatberjabat;~ tangan (salam) saling berpegang tangan dgn tertib yg tertentu (utk menghormati); bersalam:Mereka pun ~ tangan dan bertegur sapa. menjabat 1. memegang sesuatu:~ kemudi. 2. memegang atau melakukan sesuatu pekerjaan; menjawat:Ia ~ pekerjaan itu selama sepuluh tahun. jabatan bahagian drpd sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dll):~ Perdana Menteri; ~ Pengajian Melayu. penjabat orang yg memegang jawatan penting; pemegang jawatan. pejabat tempat bekerja:Dia selalu sampai di ~ pd pukul 7.45 pagi. sejabat sama pekerjaannya; sejawat: teman ~.Kamus Pelajar

Kembali ke atas