Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan 'kemudian' perlu diikuti dengan tanda koma? Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. -kemudian atau -kemudian,Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya ... tidak lama kemudian, adiknya muncul di hadapan rumah ... dan ... kemudian terdengar dentuman bom jatuh bertubi-tubi ....Tatabahasa18.09.2012
Salam sejahtera, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai soalan yang saya ajukan terdahulu, mengenai penggunaan "kemudian" atau "dan kemudian" untuk merujuk kepada "and then". Laras teks bagi penggunaan kata tersebut merupakan teks berbentuk panduan seperti buku resipi atau manual. Contoh: Ayakkan tepung dan kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut. Dalam konteks di atas, adakah penggunaan "kemudian" sahaja sudah memadai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan? Terima kasih.Dan serta kemudian kedua-duanya kata hubung. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, gunakan salah satu daripada kata hubung yang tersebut. Ayakkan tepung dan tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut atau Ayakkan tepung kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut.Tatabahasa29.05.2015
Perlukah (ataupun Wajibkah) tanda koma diletakkan selepas perkataan 'kemudian' dan 'kini' untuk sesuatu ayat? Bilakah tanda koma perlu digunakan selepas 'kemudian' dan 'kini'? Contoh: Kemudian, rubah itu melompat beberapa kali. Kemudian, dia duduk di atas kerusi itu. Kini, budak penggembala biri-biri menyesal akan perbuatannya itu. Kini, dia telah menolong saya pula. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian. Terima kasih.Selepas kedua-dua kata tersebut tidak perlu ditulis tanda koma, sebaliknya terus sahaja dengan perkataan yang mengikutinya seperti Kemudian dia duduk di atas kerusi itu.Ejaan31.12.2011
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata " dan kemudian" yang merujuk kepada "and then", adakah penggunaan "dan kemudian" bersifat lewah dan penggunaan "kemudian" sudah memadai untuk merujuk "and then"? Saya juga ingin mengetahui tentang penggunaan tanda baca koma "," sebelum perkataan "kemudian", adakah penggunaan tanda baca ini perlu? Contohnya: Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku, kemudian ketik imej tersebut. atau Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku kemudian ketik imej tersebut. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasihFrasa and then diterjemahkan kepada kemudian. Dalam hal ini perlu juga melihat fungsi kata hubung "dan" di dalam konteks tersebut. Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. Adakah unsur yang sama antara kemudian dengan kata sebelumnya?
Tanda koma sebelum kemudian boleh diletak ataupun ditiadakan.
Tatabahasa29.05.2015
Assalamualaikum.Saya mahu tanya.Adakah penggunaan KEMUDIAN diadalam ayat ini betul atau salah.Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap..terima kasihPenggunaan kata "kemudian" dalam konteks ayat tersebut tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata kemudian dalam ayat sila lihat contoh di laman web kami kemudian">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemudian.Tatabahasa29.09.2014
Assalamualaikum... Sebelum dan selepas kata "kemudian" perlu diletakkan tanda koma (,) atau tidak? Contoh ayat: 1. Beliau menakluk Bukhara, kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan menyerang Kawarisma. 2. Kemudian, ayam dimasukkan ke dalam kuali.Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat. Dalam contoh ayat yang diberi, tanda koma dalam ayat pertama, betul penggunaannya manakala dalam ayat kedua, tidak betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 64-69.Tatabahasa14.02.2017
Assalamualaikum..nak tanya penggunaan kemudian dalam ayat ini betul atau tidak..Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap...terima kasihAyat "Ibu duduk di atas kerusi kemudian terlelap" betul.Tatabahasa03.11.2014
Salam, apakah arahan soalan yang sesuai dan betul? 1. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat dalam bentuk grafik. 2. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik. Terima kasih.Ayat yang sesuai "Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik".Tatabahasa18.12.2013
Manakah ayat yang betul dan apakah sebabnya? Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda di kemudian hari. atau Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari.Ayat yang betul ialah: Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari.
Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan)dalam beberapa situasi tertentu.
Manakala kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat sahaja. 
Tatabahasa27.02.2023
"Beberapa bulan kemudian, padi mula menguning","Beberapa bulan kemudian, padi mulai menguning". Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan di antara "mula" dengan "mulai" dan bagaimanakah penggunaannya? Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? 

Beberapa bula kemudian, padi mulai menguning. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu.
Lain-lain23.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas