Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.ca/] | کمونچق

Definisi : bahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yg tertinggi sekali, puncak: semasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki; ~ gunung; ~ kejayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.ca/] | کمونچق

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg di atas sekali atau yg tertinggi; puncak: ~ gunung; ~ zaman kegemilangan Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemuncak (kata nama)
Bersinonim dengan puncak, pucuk, akhir, penyudah, hujung, penghabisan, penutup, klimaks;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apogeeapogiSejarahTiada2. Titik yang tertinggi atau kemuncak sesuatu peristiwa misalnya kemuncak zaman Renaissance.
fastigiumfastigiumPerubatanTiada1. Puncak tertinggi di bumbung ventrikel keempat di dalam otak, tempat pertemuan antara velum medulari superior dengan nodulus. 2. Kemuncak sesuatu penyakit, misalnya kemuncak penyakit demam ialah apabila pesakit mengalami suhu yang tinggi.
flat summitkemuncak rataGeografiTiadaKemuncak bukit atau gunung yang datar.
summit meetingsidang kemuncakKomunikasiKorporatMesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyaring dan menggugurkan butiran mesyuarat yang dijangka boleh menimbulkan konflik semasa sidang kemuncak berlangsung.
peak season endorsementendorsemen musim kemuncakPentadbiran PerniagaanTiadaEndorsemen yang menyediakan amaun perlindungan tambahan ke atas bekalan dagangan semasa musim kemuncak. Tarikh mula dan akhir perlindungan tercatat dalam endorsemen tersebut.
blooming (flower)mengembang (bunga)PertanianAgronomi

Berkaitan dengan peringkat kemuncak pembungaan sesuatu tumbuhan. Tumbuhan berbunga biasanya mengikut musim atau disebabkan rangsangan persekitaran, seperti fotokala yang lebih panjang. Pada permulaan musim berbunga, hanya sebahagian bunga akan mengembang, seterusnya meningkat hingga ke kemuncak musim, diikuti dengan luruhan bunga atau pembentukan buah.

summitkemuncakGeografiTiadaTiada
orgasmkemuncakPerubatanTiadaTiada
summitkemuncakGeografiTiadaTiada
orgasmkemuncakPsikologiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas