Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ru.ngan] | کموروڠن

Definisi : 1. perihal murung, kemu­raman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya ber-getar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila sese-orang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.ru.ngan] | کموروڠن

Definisi : keadaan murung; kemuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemurungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemurungan telah menjadi penyebab keempat utama bunuh diri di Malaysia dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, dan status sosio-ekonomi. Prevalens kemurungan di Malaysia adalah 12.2% pada 2018. Pada masa kini, kemurungan telah menjadi salah satu isu yang selalu dikaitkan dengan kehamilan. Wanita sangat berisiko disebabkan perubahan hormon semasa mengandung, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti harian, kekurangan sokongan sosial adalah isu utama bagi wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan, yang boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin bahkan meningkatan risiko untuk mengalami kemurungan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens gejala kemurungan dalam kalangan wanita hamil di Terengganu serta faktor yang berkaitan dengannya. Persampelan pelbagai peringkat digunakan dalam kajian keratan rentas dua fasa ini yang melibatkan 33 orang wanita hamil bagi kajian fasa satu manakala 389 orang hamil bagi kajian fasa dua. Kesemua wanita hamil berada pada trimester kedua dan ketiga, berusia antara 18 - 46 tahun telah dipilih secara rawak dari 12 klinik kesihatan di Terengganu. Pengukuran antropometrik merangkumi berat semasa, berat pra-kehamilan serta tinggi, manakala bagi analisis komposisi tubuh dinilai menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik.

Mohon tuan/puan untuk memberikan soalan yang lebih jelas agar memudahkan pihak kami untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat.

Lain-lain20.08.2021
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar.Makna04.12.2015
Salam Sejahtera, bolehkah pihak DBP membantu dengan senarai penterjemahan untuk penyakit2 mental seperti depression (kemurungan) dll? Apakah penterjemahan yang sesuai untuk istilah-istilah medikal berikut? Anxiety (Keresahan?) Panic Attack Obsessive Compulsive Disorder Bipolar Disorder Eating Disorder Emotional and Behavioural Disorder Schizophrenia (Skizofrenia?) Ribuan terima kasih. WassalamBerikut adalah padanan istilah yang dinyatakan di atas dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan:
  1. Anxiety: Keresahan
  2. Panic attack: Serangan panik
  3. Obsessive-compulsive disorder: Kecelaruan obsesif-kompulsif
  4. Bipolar disorder: Kecelaruan rasa hati
  5. Eating disorder: Gangguan makan
  6. Emotional and Behavioural Disorder: Kecelaruan emosi dan tingkah laku
  7. Schizophrenia: Skizofrenia
Untuk makluman puan, istilah ini boleh didapati melalui carian pada laman web https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah19.02.2021
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan  kurang kesedaran.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Selamat petang tuan/puan, Saya ingin menterjemahkan anxiety, depression and stress dalam bahasa melayu. Saya perlu istilah-istilah ini untuk tajuk thesis saya. Anxiety = kerisauan atau kebimbangan ? Depression = kemurungan stress = tekanan atau stress? Adakah translation saya betul? Terima kasih. Miss WongDalam data kami, anxiety mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang yang berlainan. Antaranya ialah keresahan, kebimbangan dan kerisauan. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anxiety untuk mendapatkan padanan yang menepati bidang yang  puan kehendaki.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi depression pula ialah kemurungan, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=depression .
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2014
Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu yang tepat untuk terma 'psychological distress'?Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "psychological distress" ialah kemurungan psikologi.Istilah20.09.2020
Apakah maksud melankolia?Maksud melankolia ialah  penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.Makna19.02.2010
Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'?Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.

Penyemakan dan penterjemahan16.12.2019

Kembali ke atas