Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nai.kan]/[ke.nai/.kan] | کناءيقن

Definisi : 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nai.kan]/[ke.nai/.kan] | کناءيقن

Definisi : 1 se­suatu (spt kereta, kapal terbang) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masya­rakat yg berpendapatan rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BOLEH DAPATKAN SAYA FOMAT SURAT KENAIKAN GAJI

Sdr Azura,

Surat kenaikan pangkat hendaklah mengandungi antaranya maklumat-maklumat seperti yang berikut:

- jawatan kenaikan pangkat

- pihak berkuasa melantik/meluluskan jawatan kenaikan pangkat

- tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat

- syarat-syarat kenaikan pengkat

- penempatan baru jawatan kenaikan pangkat

- pegawai yang perlu ditemui semasa melapor diri untuk kenaikan pangkat

- imbuhan dan faedah yang diberikan dalam jawatan kenaikan pengkat

- implikasi sekiranya menolak jawatan kenaikan pangkat.

 

Lain-lain19.08.2008
ayat betul untuk: kenaikan pangkat @ kenaikkan pangkat?

Saudara,

Yang betul ialah kenaikan pangkat. Perkataan kenaikan ialah kata nama terbitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa08.01.2010
"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasihBacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun"Lain-lain03.11.2017
Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin.Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin.Tatabahasa02.12.2015
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan perkataan seperti kenaikan, kenaikkan ataupun peruntukkan , peruntukan.. sekian, terima kasih.Ke-...-an seperti kenaikan dan peN-...-an seperti peruntukan ialah apitan kata nama yang membentuk kata terbitan dalam bahasa Melayu. Saudara perlu jelas proses yang berlaku di sini ialah apitan ke-...-an (ke+naik+an) bukan akhiran -kan seperti pada kata kerja gerakkan (naik+kan). Begitu juga dengan apitan kata nama peN-...-kan (per+untuk+an), bukannya apitan kata kerja memper-...-kan (memper+untuk+kan).Tatabahasa20.06.2011
Kata "ANUGERAH", adakah boleh digunakan mendeskripsikan dalam pemberian kenaikan pangkat seseorang penjawat awam? Adakah ianya pemilihan kata yang bersesuaian? Apa yang saya sedia maklum, anugerah bermaksud hadiah atau pemberian drpd orang yang lebih tinggi darjatnya. Contoh ayat, "syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan/puan atas penganugerahan ini" dalam konteks kenaikan pangkat. Mohon pencerahan.Kenaikan pangkat lazimnya tidak disebut sebagai anugerah. Contohnya, YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran atau disebut juga YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu.Tatabahasa28.11.2019
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gajiKamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa".Tatabahasa20.04.2012
tuan/puan, terdapat kekeliruan bagi penggunaan "sekali ganda" dan "dua kali ganda". Saya telah meneliti bahagian khidmat nasihat, jawapan yang diberikan juga mengelirukan. Saya sertakan contoh jawapan khidmat nasihat yang mengelirukan seperti maksud sekali ganda dan maksud double. Soalan saya, jika kenaikan harga RM25 ke RM250, adakah kenaikan 10 kali ganda? atau 9 kali ganda (menitik beratkan penggunaan "sekali ganda")Dalam Kamus Dewan, sekali ganda bermaksud satu kali lebih banyak daripada yang asal (misalnya empat menjadi lapan); dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, double bermaksud sekali ganda; dua kali; dan dua sukatan. Berdasarkan maklumat yang berkenaan sekali ganda dan dua kali ganda membawa maksud yang sama, namun maksud dua kali ganda lebih mudah difahami. Hal ini amat jelas berdasarkan makna dan contoh yang diberikan "dua sukatan" dan "empat menjadi lapan". Oleh itu, daripada RM25 kepada RM250 menunjukkan kenaikan 10 kali ganda.Makna02.06.2022
Betulkah ayat di bawah? Dan untuk kata nama selepas 'diikuti dengan', perlukah betul2 mengikut urutan Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan iaitu Kelantan diikuti dengan sebahagian Kedah dan Selangor, Kuala Lumpur, sebahagian Johor, Terengganu dan Perak pada awal bulan Mei 2021.Ayat yang lebih tepat ialah Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan diikuti dengan Perak pada awal bulan Mei 2021.Tatabahasa07.05.2021
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
123

Kembali ke atas