Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengenal pasti mengetahui ser­ta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; pengenalpastian perihal (usaha dsb) me­ngenal pasti: makluman itu dapat membantu pihak pentadbir dlm proses ~ pelajar-pelajar yg memerlukan kelas pemulihan dlm bahasa Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1) Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. 2) Teliti ayat-ayat di bawah. Kemudian, kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. Tuan, antara kedua-dua arahan di atas, yang mana satukah betul dari segi tanda bacanya? Mohon penjelasan. Terima kasih.Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat yang berikut.Tatabahasa01.02.2017
Mohon bantuan mengenai ejaan yang lebih tepat bagi "kenal pasti" atau "kenalpasti". Terima kasihEjaan yang tepat ialah "kenal pasti"Ejaan11.08.2016
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri?Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah  (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa13.09.2011
Tolong kenal pasti kesalahan pada ayat-ayat berikut : 1. Cik Kiah menumiskan bawang untuk dibuat sambal udang. 2. Keinginannya untuk mendapat seorang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah.Tiada kesalahan tatabahasa pada dua ayat tersebut.Tatabahasa03.03.2009
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Tuan/Puan, sila kenal pasti sama ada istilah-istilah berikut merupakan kata majmuk atau bukan kata majmuk. (a) sukan air (b) udara segarSukan air merupakan kata majmuk dan udara segar bukan kata majmuk.Tatabahasa06.09.2021
macam mana nak kenal pasti kesalahan tatabahasa?Pengguna bahasa perlu tahu hukum tatabahasa bahasa Melayu dan Pedoman Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedia ada.Kesalahan tatabahasa berlaku apabila pengguna bahasa meggunakan bahasa yang menyalahi hukum-hukum tatabahasa, iatu dari segi ejaan, morfologi(kata),sintaksis(ayat), gaya dan laras bahasa. Dari segi ejaan tidak mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi, Tatabahasa bahasa Melayu dan larasnya.Tatabahasa11.05.2007
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul adalah seperti yang berikut:

12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita.

2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu.

3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti.

Tatabahasa08.12.2011
bagaimana nak menggunakan kamus dwibahasa (inggeris ke bahasa melayu)Kenal pasti kata masukan,iaitu kata yang dicari dalam bahasa Inggeris. Makna/huraian  yang diberikan adalah dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk halaman pendahuluan kamus berkenaan untuk panduan menggunakan kamus tersebut.  Lain-lain14.02.2008
1234

Kembali ke atas