Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.ngan] | کنڠن

Definisi : 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.ngan] | کنڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Daun terap di ataslah bukit,
     Kapallah menyamun dualah batang;
Jadi kenangan bukanlah sedikit,
     Darilah dulu sampai sekarang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan dalam "mengingat kenangan lalu"?"mengingat kenangan lalu"

Tiada kesalahan daripada segi bahasa dalam frasa tersebut. Frasa tersebut juga boleh digantikan dengan "mengimbau kenangan lalu".

Terima kasih.
Tatabahasa13.11.2017
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu?Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu.Tatabahasa05.04.2007
sama ada kenangan sepanjang jalan atau sepanjang jalan kenanganFrasa yang betul "kenangan di sepanjang jalan".Lain-lain03.05.2017
Salam sejahtera. Saya ingin tanya a)mengambil gambar untuk dijadikan kenangan b)mengambil gambar untuk menjadi kenangan Ayat yg manakah betul?terima kasih.Ayat yang gramatis "...mengambil gambar sebagai kenangan".Tatabahasa06.08.2016
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih.Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan.Lain-lain10.11.2006
" Novel bertajuk kenangan yang ......... hasilkan itu mendapat sambutan daripada pembaca remaja,"kata jurujual itu kepada Suriati. A. anda C. kami B. mereka D. kita Soalan manakah jawapan yang betul dan kenapa.Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga contohnya saya, awak dan mereka. Dalam konteks ini jawapan yang betul ialah 'anda' yang merujuk kepada kata ganti diri kedua.Tatabahasa18.02.2011
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.Tatabahasa02.03.2019
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan

Saudara Tajmohd,

Kami cadangkan frasa berikut:

i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori

Lain-lain16.07.2009
Selamat petang. Ayat berikut yang manakah betul? a. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunalan kamera sebagai kenangan manis. b. Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya sebagai kenangan manis menggunalan kamera.Bapa Abu merakam gambar Siti dan kawan-kawannya menggunakan kamera sebagai kenangan manis.
Tatabahasa02.07.2016
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
1234

Kembali ke atas