Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kata tanya yg digunakan utk menanyakan sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenapa (kata tugas)
Bersinonim dengan kena apa, sebab apa, mengapa, apa hal.,

Puisi
 

Daun kerikil daun maman,
     Ketiga dengan daun cempa;
Kenapa tuan tegak di laman,
     Naik ke rumah tuan kenapa?


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih.
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. 
Tatabahasa16.07.2021
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-)Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.Tatabahasa09.02.2010
Kenapa ayat "Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa" betul? Selepas kata pemeri ialah tidak boleh hadir kata kerja. Ayat ini diambil daripada ruangan jawapan khidmat nasihat juga. Mohon penjelasan terima kasih.Kata pemeri ialah mesti diikuti kata nama, seperti Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Penggunaan kata pemeri "ialah" dalam ayat Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa, tidak tepat. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa24.03.2024
Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"?Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan.Sastera10.03.2024
Kenapa bahasa Melayu klasik dan bahasa istana perlu didedahkan kepada pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah walaupun bahasa-bahasa itu tidak digunakan dalam perbualan seharian?​Terima kasih atas pertanyaan daripada pihak tuan/puan. Untuk makluman pihak tuan/puan, sebarang keputusan yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain12.11.2023
Kenapa "wireless" diterjemah sebagai "wayarles" dan bukan "nirwayar"? Apa pendekatan DBP dalam mengutamakan kata serapan berbanding kata terjemah?Penggunaan istilah wayarles atau tanpa wayar bagi kata Inggeris wireless telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Penggubalan/Pembentukan Istilah yang terdiri daripada pakar dalam bidang Teknologi Maklumat, Komunikasi, Fizik dan Kejuruteraan bersama-sama dengan pakar bahasa. Perkataan wayarles atau tanpa wayar telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan penggunaannya telah mantap berbanding kata nirwayar atau nirkawat oleh pengguna bahasa di negara ini.Istilah27.08.2023
Kenapa penggunaan bahasa melayu klasik berubah kepada penggunaan bahasa melayu pada masa kini

Secara amnya, sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya.

Bahasa Melayu pada masa kini ialah bahasa yang berpotensi tinggi yang menjadi alat perhubungan penutur-penuturnya dan menyampaikan buah fikiran serta perasaan. Oleh itu, bahasa Melayu telah banyak mengalami perubahan, membuat penyesuaian dari segi bentuk dan gaya, selaras dengan perkara yang diperkatakan dan suasana masa kini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Kenapa bangsa cina lebih maju daripada bangsa melayu ?Soalan ini bukan persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara ini.Lain-lain24.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas