Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.pa] | کناڤ

Definisi : bp kata tanya yg digunakan utk menanyakan sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenapa (kata tugas)
Bersinonim dengan kena apa, sebab apa, mengapa, apa hal.,

Puisi
 

Daun kerikil daun maman,
     Ketiga dengan daun cempa;
Kenapa tuan tegak di laman,
     Naik ke rumah tuan kenapa?


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.
Kurik Kundi Merah SagaDaun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa?
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu.
Kurik Kundi Merah SagaHelang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi.
Kurik Kundi Merah SagaTanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga?
Kurik Kundi Merah SagaSampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati?
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana.
12

Kembali ke atas