Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.ri] | کناري

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Canarium commune; ~ belanda sj tumbuhan (pokok), Anygdalus communis; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kedondong bahu, kedondong bulan, kedon­dong hutan, kedondong kerut, Canarium nitidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.ri] | کناري

Definisi : ; burung ~ sj burung kecil yg kuning bulunya, Serinus canarius germanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.ri] | کناري

Definisi : ; ketam ~ sj ketam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.ri] | کناري

Definisi : ; burung ~ nama sj burung kecil yg bulunya berwarna kuning, Serinus canarius germanicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenari

Puisi
 

Burung jelatik burung kenari,
     Burung hinggap di taman bunga;
Wahai adik orang bistari,
     Bolehkah hamba tumpang bertanya?


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang kenanga batang kenari, Banyak terbakar rebah terguling; Hilang ke mana abang mencari, Semak belukar di sekliling.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau pinang rasanya sepat, Elok kubawa buah kenari; Kalau kupinang tidakkan dapat, Elok rasanya kubawa lari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kok den tapa burung den tapa, Terbang anaknya si kenari; Kok marah ibunya bapa, Kampung kok banyak tempat berlari.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas