Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pan­tas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. memper­cepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : ; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2 laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengipritId, bp berlari kencang-kencang.Kamus Dewan Edisi Keempat
iprit; mengiprit Id, bp berlari kencang-kencang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggosokkan1 menggunakan sesuatu utk menggosok: Dia ~ limau itu pd badannya. 2 membuat dua benda bergosok: Api boleh juga dihasilkan dgn ~ dua kayu kering kencang-kencang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggosokkan1. menggunakan sesuatu utk menggosok: Dia ~ limau itu pd badannya. 2. membuat dua benda bergosok: Api boleh juga dihasilkan dgn ~ dua kayu kering kencang-kencang.Kamus Pelajar
desingbunyi spt bunyi angin yg kencang, baling yg dilemparkan dll. berdesing 1 berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2 = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
desingbunyi spt bunyi angin yg kencang, baling yg dilemparkan dll. berdesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2. = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu.Kamus Pelajar
berdesing1 berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2 = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdesing1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2. = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu.Kamus Pelajar
ribut I, = angin ~ angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. ~ taufan ribut yg sangat kencang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ribut I1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas