Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menye­babkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, ken­cing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kema­luan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : ; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kencing

Peribahasa

Seperti kuda kencing di papan.

Bermaksud :

Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerjamembuang air besar, berak, kencing; meruah kencin.Tiap-tiap malam budak tu meruah ataeh tilam.[ti.jAp.ti.jAp mA.lAm bu.dA/ tu m«.Òu.wAh A.tAEh ti.lAm]Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam.
lempam[l«m.pAm]kata adjektifsangat basah, basah sangat.Lampen tu basah lempam, pasai anak dia kencin banyak.[lAm.pen tu bA.sAh l«m.pAm pA.sAj A.nA/ di.jA k«n.tSin bA.øA/]Lampin itu basah sangat kerana anaknya banyak kencing.

Kembali ke atas