Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menye­babkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, ken­cing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kema­luan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : ; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kencing

Peribahasa

Seperti kuda kencing di papan.

Bermaksud :

Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNDI KENCING

Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ

berotot berongga yang menyimpan air kencing

sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan

pundi kencing berlaku secara terkawal pada

kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain.

UMUM 
DIURETIK

Diuretik ialah dadah atau bahan yang

meningkatkan pengeluaran air kencing oleh

buah pinggang.

UMUM 
ZAKAR

Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki.

Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air

kencing dan bendalir pembawa sperma yang

dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar.

UMUM 
DIABETES

Diabetes ialah nama dua penyakit yang

mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga

yang berlebihan dan pengeluaran air kencing

yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada

diabetes melitus, yang merupakan penyakit

yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh

menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit

yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari

atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak,

tidak berfungsi secara normal.

UMUM 
SEFALOSPORIN

Sefalosporin ialah sebarang kumpulan

antibiotik yang digunakan secara meluas. Doktor

menggunakan sefalosporin untuk merawat

pelbagai jangkitan bakteria, termasuk penyakit

sistem pernafasan, saluran kencing, aliran darah,

dan kulit. Doktor juga menggunakan sefalosporin

untuk mencegah jangkitan berikutan daripada

pembedahan.

UMUM 
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
NEFRITIS

Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright,

adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang

buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit

yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia

melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah

pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan

jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah

pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang

biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul

di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau

berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang

serius atau berkekalan pada buah pinggang.

UMUM 
TERAPI KELATION

Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang

melibatkan penggunaan ubat untuk

menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat

jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam

menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan

melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation

yang paling terkenal adalah di dalam merawat

arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun

begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu

yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti

berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak

luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti

raksa dan plumbum.

UMUM 
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM 
SULFONAMIDA

Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian

antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida

merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan

berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria

biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam

merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga

pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat

diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian

yang disebabkan banyak penyakit berjangkit

menurun dengan mendadak disebabkan penemuan

sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu

menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia

II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan

penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat

jangkitan salur kencing.

UMUM 
12

Kembali ke atas