Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menye­babkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, ken­cing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kema­luan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : ; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kencing

Peribahasa

Seperti kuda kencing di papan.

Bermaksud :

Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kencing manis boleh dirawat dengan daun2Rashidah Md. DahanBerita Harian10.07.1985
Penyakit kencing manis dalam bentuk komikTajuddin SamanBerita Harian20.01.1997
Biar 'air kencing' tetapi tetap MelayuTiadaWarta Perdana30.12.2007
Apabila guru kencing berdiri, murid-murid...Badulhisham Abdul AzizUtusan Melayu06.02.1993
Jika guru kencing berdiri murid-murid.....Badrul Hisham AzizUtusan Malaysia06.02.1993
Apabila penerbit 'kencing' penulisAkhbar:  Utusan Malaysia19.01.2004
Jangan tunjuk telatah 'kencing berdiri'Adibah AminUtusan Melayu02.03.1990
Janganlah ada yang 'kencing berdiri'Adibah AminUtusan Malaysia02.03.1990
UPM temui cara ubati kencing manisTiadaSabah Times19.01.1985
Masyarakat bandar paling ramai menghidap kencing manisL. C. FangBerita Harian28.02.2001

Kembali ke atas