Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menye­babkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, ken­cing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kema­luan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : ; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cing] | کنچيڠ

Definisi : 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kencing

Peribahasa

Seperti kuda kencing di papan.

Bermaksud :

Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuda kencing di papan.Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas