Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.de.ra.an] | کندراءن

Definisi : kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.de.ra.an] | کندراءن

Definisi : segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda. ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama dgn muatan kurang drpd lima tan, mis kereta, van dan motosikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendera
Kata Terbitan : mengenderai, berkenderaan, pengendera, kenderaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hoverkrafhovercraftKenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air dan darat. Lihat RajahSekolah Rendah
hoverkrafhovercraftSejenis kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air atau darat. Lihat RajahMenengah Rendah
brek hidraulikhydraulic brakeSistem brek kenderaan bermotor yang menggunakan tekanan hidraulik.Menengah Atas
pencemaran udaraair pollutionPencemaran terhadap kualiti udara yang disebabkan oleh bahan api industri, domestik dan kenderaan bermotor.Menengah Rendah
kelulisteelBahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin.Menengah Rendah
karbon monoksidacarbon monoxideGas yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil daripada tindak balas pembakaran karbon yang tidak lengkap. Karbon monoksida banyak dikeluarkan daripada asap kenderaan dan sangat berbahaya.Menengah Rendah
aluminiumaluminiumUnsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan.Menengah Rendah
zinkzincUnsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan.Menengah Rendah

Kembali ke atas