Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.de.ra.an] | کندراءن

Definisi : kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.de.ra.an] | کندراءن

Definisi : segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda. ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama dgn muatan kurang drpd lima tan, mis kereta, van dan motosikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendera
Kata Terbitan : mengenderai, berkenderaan, pengendera, kenderaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STUDEBAKER

Studebaker ialah nama sebuah keluarga

Amerika yang masyhur sebagai pembuat kereta

kuda dan kenderaan-kenderaan lain. Syarikatnya,

iaitu Studebaker Corporation bergabung dengan

Packard Motors, Inc. pada tahun 1954. Pada tahun

1966, firmanya berhenti daripada membuat kereta.

Ia meneruskan kegiatan membuat bahagian kereta

dan produk-produk lain. Pada tahun 1967, ia

bergabung dengan Worthington Corporation

untuk membentuk Studebaker–Worthington, Inc.

UMUM 
KENDERAAN REKREASI UMUM 
KENDERAAN BERKUSYEN UDARA UMUM 
RATA

Rata ialah kenderaan dua roda atau empat roda,

yang biasanya ditarik oleh seekor kuda. Rata adalah

antara kenderaan beroda yang terawal. Ia mungkin

mula dibina di Mesopotamia, iaitu sebuah kawasan

di Timur Tengah lebih dari 4000 tahun yang silam.

Rata dua roda telah digunakan dalam pertempuran

oleh kebanyakan orang zaman purba, termasuk

orang Assyria, Mesir, Yunani, Parsi dan Rom.

UMUM 
AMBULANS

Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk

khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera.

Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor

yang dicat dengan lambang palang atau lambang

khas yang lain.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK LINEAR

Motor elektrik linear ialah alat yang

digunakan terutamanya untuk menggerakkan

kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan

roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet

atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga

digunakan untuk membuka dan menutup gate dan

mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan

kaki bergerak.

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
PERODUAInstitusi pembuatan kenderaanEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PANDU ARAH

Pandu arah ialah proses menentukan kedudukan

kenderaan dan mengemudikan pergerakannya.

Pandu arah digunakan terutamanya untuk mengawal

kapal terbang, kapal, dan kapal angkasa, dan boleh

juga digunakan untuk kenderaan yang bergerak di

daratan. Pandu arah banyak berkait dengan ilmu

sains termasuk astronomi, matematik, dan fizik serta

pelbagai jenis peralatan.

UMUM 
EKASIKAL

Ekasikal ialah kenderaan yang mempunyai satu

tempat duduk dan bingkai yang dipasangkan

di atas satu roda tunggal.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas