Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di] | کندي

Definisi : sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : bekas air yg bermuncung dan bertangkai (biasanya dibuat drpd tembikar atau logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendi

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaPok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaGok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaGok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.

Kembali ke atas