Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di] | کندي

Definisi : sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : bekas air yg bermuncung dan bertangkai (biasanya dibuat drpd tembikar atau logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendi

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boiling urnkendi jerangKejuruteraanTiadaTiada
urntakar;kendiKesenianTiadaBekas berbentuk tempayan yang dibuat daripada tanah liat atau logam.
dukar-tikardukar-tikarMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dukar-tikar ialah sepasang dram berbentuk kendi. Setiap dukar-tikar mempunyai satu permukaan kulit yang dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel mu­zik klasik India Utara, iaitu muzik Hindustani. Alat muzik ini juga dimainkan untuk mengiringi alat muzik shahnai. Dukar­-tikar dikenali juga sebagai naghara.


Kembali ke atas