Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di.ri] | کنديري

Definisi : sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendiri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balasUntuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah.

Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan.


Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri.
Penyemakan dan penterjemahan04.03.2015
Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu?

Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat.

Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut kendiri">https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri

Tatabahasa15.07.2021
Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan berikut: - penyampaian kediri atau pun penyampaian kendiri? sbg contoh; Notis Kebankrapan tersebut disampaikan secara penyampaian kediri / kendiri?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan kediri dan kendiri mempunyai maksud yang sama.

Tetapi, kebiasaan yang sering digunakan ialah penyampaian kendiri. Penggunaan perkataan ini juga berdasarkan bidang tertentu. Sebagai contoh dalam bidang undang-undang, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan personal service ialah penyampaian ke diri.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.12.2017
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut.Istilah11.11.2013
Maksud 'self-injury' dalam istilah sasarnya adalah cedera kendiri. Bagaimana pula dengan istilah 'self-harm', adakah boleh ditakrif dengan istilah mudarat kendiri? [Konteks perubatan/kesihatan mental]Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

self-harm - mudarat kendiri

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain28.08.2021
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut:

Selfie - Swafoto 
Role Model  – Suri Teladan 
Road Show - Jerayawara 
Back Drop - Latar Pentas 
Bunting -  Gegantung
Highlight   - Imej Tumpu 
Parking - Tempat Letak Kereta
Postmortem -  Pascanilai
Istilah05.12.2016
Apakah terjemahan kepada self-determined learning? Adakah pembelajaran penentuan kendiri atau pembelajaran penentuan nasib sendiri? Terima kasih.Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined learning diterjemahkan kepada pembelajaran penentuan kendiri.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2019
Saya ingin bertanya jika ada istilah dalam bidang psikologi self talk? Saya ingin mencadangkan BICARA KENDIRI. Segala perhatian dan cadangan amat saya hargai.Kami mencadangkan "self talk" diterjemahkan sebagai "bicara diri", "bicara sendiri" atau "bicara kendiri". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.03.2022
Apakah daftar istilah "self-expression" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah 'ekspresi diri' atau 'ekspresi kendiri' digunakan? Sekian, terima kasih.

Berdasarkan data rujukan kami, terdapat istilah self-expression yang dipadankan sebagai “pernyataan diri atau pernyataan kendiri” dalam bidang pendidikan dan psikologi.

Penyemakan dan penterjemahan09.03.2022
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
1234

Kembali ke atas