Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di.ri] | کنديري

Definisi : sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendiri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-controlkawalan kendiriKriminologiKeadilan JenayahKemampuan individu untuk mengawal diri sendiri daripada melakukan apa-apa jenayah atau perbuatan berisiko. Kawalan kendiri ini berlaku dengan cara menghindari keinginan, melambatkan kepuasan atau menahan diri daripada tingkah laku berisiko yang boleh mengakibatkan jenayah. Contohnya, remaja yang mempunyai kawalan kendiri yang lemah mudah terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah.
self reflectionrefleksi kendiriPendidikanTiadaTindakan menganalisis diri sendiri untuk perubahan kendiri.
auto-alarm signalisyarat penggera kendiriPelayaranTiadaIsyarat menandakan penggera kendiri beroperasi.
self-managementpengurusan kendiriPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan.

selfish learningpembelajaran kadar kendiriPendidikanTiadaSituasi pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar mengikut kadar kebolehan kendiri.
self-conceptkonsep kendiriPsikologiPsikologi UmumPengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Konsep kendiri seseorang individu tidak semestinya konsisten dengan sudut pandangannya. Terdapat individu yang cuba mengubah suai pengakuannya supaya menepati dengan apa yang ditanggapi tentang dirinya. Menurut Rogers, jurang antara konsep kendiri dengan keadaan sebenar adalah berdasarkan darjah tak kongruen.
self-determined learningpembelajaran penentuan kendiriTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pembelajaran yang dimula, dirancang, disusun, dilaksana, ditaksir dan dinilai oleh pelajar itu sendiri. Pembelajaran ini merangkumi pemilihan kendiri oleh pelajar bagi semua aspek objektif, pemilihan bahan, jangka masa, pemilihan rakan dan guru bagi mencapai matlamatnya.
self-conceptkonsep kendiriKomunikasiKorporatKaedah seseorang memberi makna terhadap diri sendiri. Melalui kaedah ini, seseorang akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk menjual barangan dalam pengiklanan. Watak dalam pengiklanan yang berfungsi sebagai pengguna diperlukan untuk membuat penilaian terhadap barangan yang berbeza berasaskan cara watak berkenaan bertindak balas dan memberi makna terhadap barangan tanpa dipengaruhi unsur lain. Pendekatan pengiklanan ini mengutamakan kewibawaan watak sebagai alat untuk meyakinkan khalayak dengan kepercayaan bahawa sekiranya watak mampu melakukan penilaian kendiri, bermakna watak mampu menilai perkara baik atau sebaliknya untuk diri sendiri.
heutagogyheutagogiTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu kaedah pembelajaran penentuan kendiri yang menekankan pembangunan autonomi, kapasiti dan kemampuan diri pelajar untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kaedah ini tidak semestinya linear atau terancang, tetapi lebih bersifat tidak formal, dan selari dengan pembelajaran di luar sekolah dengan guru bukan sebagai sumber ilmu yang utama, sebaliknya sebagai pembimbing sekiranya perlu. Persekitaran e-pembelajaran membolehkan kaedah ini diguna pakai. Lihat juga pembelajaran penentuan kendiri.
autoalarmpenggera kendiriKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas