Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.dur] | کندور

Definisi : 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (te­gang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menye­babkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengen­dur atau mengendurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.dur] | کندور

Definisi : 1 tidak tegang (bkn tali, rantai dll); tidak kencang: Tali biola itu sudah ~. 2 ki tidak genting lagi; tidak kuat lagi: Keadaan darurat sudah ~. mengendur menjadi kendur; menjadi tidak kencang. mengendurkan menjadikan kendur: ~ ikat pinggang. pengenduran perbuatan (hal dsb) mengendur atau mengendurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,

Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slackadj 1. not taut or tight, kendur: the fan belt was old and had become ~, tali kipas itu sudah lama dan telah menjadi kendur; the horse’s girth was too ~, tali perut kuda itu terlalu kendur; her grip on the bar is a little ~, pegangannya pd palang itu agak kendur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slackn 1. part of wire, rope, etc that hangs loose, bahagian yg kendur; 2. period of inactivity, keadaan kendur: there’s a worrying amount of ~ in the industry at present, terdapat keadaan kendur yg membimbangkan dlm industri itu pd masa ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slack 2. not firm, lax, kendur, longgar: discipline is ~ in the school, disiplin di sekolah itu kendur; control on expenditure has been much too ~, kawalan perbelanjaan terlalu longgar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slack take up the ~, a. (of rope etc) menegangkan bahagian sst yg kendur: take up the ~ to adjust the sails, tegangkan bahagian tali yg kendur utk membetulkan layar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flabbyadj 1. lacking firmness, menggeleber; (of face, cheeks) menggeleber, kendur: ~ thighs, paha yg menggeleber; he has broad, ~ cheeks, pipinya lebar dan kendur; 2. having flabby flesh, menggeleber: she is not fat but she is ~, dia bukan gemuk tetapi badannya menggeleber; 3. (of argument, speech, etc) feeble, lemah: a ~ excuse, alasan yg lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slack go ~, mengendur, menjadi kendur; (of face, jaw, etc) jatuh: his muscles suddenly went ~, ototnya tiba-tiba mengendur; let st go ~, mengendurkan sst: she let the reins go ~, dia mengendurkan tali kekang; 'Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flabn (colloq) daging kendur; go to ~, mengendur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slackenvi 1. become loose, mengendur, menjadi kendur; (of grip) mengendur: the line ~ed suddenly and I knew that the fish had got away, tali kail tiba-tiba mengendur dan saya tahu bahawa ikan telah terlepas; when one is asleep all the muscles ~, apabila seseorang tidur semua ototnya mengendur; his grip ~ed and the intruder wriggled free, pegangannya mengendur dan penceroboh itu menggeliang-geliut utk melepaskan diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tautenvt menegangkan, meregangkan; (muscle, body) menegangkan: he ~ed the sagging wire, dia menegangkan wayar yg kendur itu; he ~ed his leg muscles, dia menegangkan otot-otot kakinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
saggingadj 1. drooping, curving down, melendut, melandut: a ~ roof, bumbung yg melandut; 2. hanging loosely, a. (of garment) merebeh; b. (of rope, wire, etc) lendut, landut, kendur: c. (of skin, part of body) geleber: a ~ belly, perut yg geleber;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas