Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.dur] | کندور

Definisi : 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (te­gang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menye­babkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengen­dur atau mengendurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.dur] | کندور

Definisi : 1 tidak tegang (bkn tali, rantai dll); tidak kencang: Tali biola itu sudah ~. 2 ki tidak genting lagi; tidak kuat lagi: Keadaan darurat sudah ~. mengendur menjadi kendur; menjadi tidak kencang. mengendurkan menjadikan kendur: ~ ikat pinggang. pengenduran perbuatan (hal dsb) mengendur atau mengendurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,

Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perang Teluk semakin kendur, Margaret Teacher pula nak isytihardaruratPak SakoUtusan Zaman22.07.1984

Kembali ke atas