Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ne.ga.ra.an] | کنݢاراءن

Definisi : perihal negara: hidup kemasya­rakatan dan hidup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ne.ga.ra.an] | کنݢاراءن

Definisi : segala yg berkaitan dgn negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenegaraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethnic nationhoodkenegaraan rumpun etnikSejarahTiadaKenegaraan berdasarkan kumpulan etnik iaitu kumpulan manusia yang berasal dan mempunyai satu agama, bahasa, budaya serta keturunan yang sama dalam sesebuah negara.
nationhoodkenegaraanPentadbiranTiadaTiada
nationhoodkenegaraanSains PolitikTiadaTiada
nationhoodkenegaraanSejarahTiadaTiada
cosmopolitanismkosmopolitanismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada kewarganegaraan sejagat, tanpa batas kenegaraan, kebangsaan atau semangat perkauman yang sempit.
church-state relationshubungan agama-negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan saling berkait antara agama dengan urusan kenegaraan. Hubungan saling berkait ini mula berkembang di Eropah pada akhir abad ke-16 apabila agama atau gereja menjadi semakin mantap di kalangan masyarakat Eropah, khususnya di kebanyakan wilayah bekas takluk empayar Roman. Gereja melalui Pope, iaitu ketua agama Kristian mendakwa bahawa dia merupakan wakil tuhan di muka bumi. Beliau juga mengetahui semua perkara yang terbaik untuk masyarakat. Dengan itu, Pope mempunyai hak untuk turut terlibat dalam pemerintahan. Dalam hal ini, pihak gereja cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa agama dan negara merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan. Justeru, agama perlu diberi peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan negara. Pemikiran ini telah menimbulkan konflik di antara gereja dengan institusi negara yang bersifat monarki. Hal ini telah menimbulkan perdebatan antara mereka berhubung dengan bentuk hubungan agama negara yang sepatutnya dipraktikkan.

Kembali ke atas