Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ mem­beri isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : , = bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kening

Puisi
 

Burung pipit datang ke mari,
     Tempat orang menanam pala;
Kening diangkat senyum diberi,
     Bagaimana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai tokak lekat di kening.

Bermaksud :

Malu yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kening Yang TerbakarMohd. Hashim OsmanMingguan Malaysia13.06.2004
Port Kening yang membawa kenanganZabhaUtusan Melayu22.12.1983
Mata, kening perempuan Melayu istimewa sekaliZakiah HanumBerita Minggu23.04.1995

Kembali ke atas