Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ mem­beri isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : , = bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kening

Puisi
 

Burung pipit datang ke mari,
     Tempat orang menanam pala;
Kening diangkat senyum diberi,
     Bagaimana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai tokak lekat di kening.

Bermaksud :

Malu yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kernyitberkerut dahi atau alis (kening); mengernyit mengerutkan dahi atau alis (kening); mengernyitkan; ~ alis mengerutkan kening, mengernyit.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantisbenda utk menghitamkan kening (alis); berpantis ada pantisnya, dihitamkan dgn pantis: kening tak ~; memantis menghitamkan kening (alis).Kamus Dewan Edisi Keempat
celakhabuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata): ~ mata; pensel ~ sj pensel utk mewarnai kening dan keliling mata; bercelak memakai celak; mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenyit; mengenyit mengelipkan mata atau mengangkat kening sbg memberi isyarat: Dia ~ kpd kawannya supaya tidak memberitahukan apa-apa ttg perkara itu. mengenyitkan mengelipkan (mata) atau mengangkat (kening): Dia ~ matanya kpd gadis itu. terkenyit-kenyit pejam celik dgn agak pantas (bkn mata); terangkat-angkat (bkn kening). kenyitan gerakan mata yg pejam celik atau gerakan kening yg turun naik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kening, = bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kening= bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis.Kamus Pelajar
kenyitmengenyit mengelipkan mata atau mengangkat kening sbg memberi isyarat: Dia ~ kpd kawannya supaya tidak memberitahukan apa-apa ttg perkara itu. mengenyitkan mengelipkan (mata) atau mengangkat kening:Dia ~ matanya kpd gadis itu. terkenyit-kenyit pejam celik dgn agak pantas (bkn mata); terangkat-angkat (bkn kening). kenyitan gerakan mata yg pejam celik atau gerakan kening yg turun naik.Kamus Pelajar
bulu keningbulu yg tumbuh di kening; alis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angkat keningmem­beri isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas;Kamus Dewan Edisi Keempat
merenyutkanmendenyutkan (kening dll), menggerakkan: kita cuma dapat ~ kening saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas