Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tal] | کنتل

Definisi : 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, meme­katkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (me­ngaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan me­ngental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tal] | کنتل

Definisi : hampir beku; pekat. mengental menjadi hampir beku; menjadi kental. mengentalkan menjadikan kental. pengentalan perihal mengental atau mengentalkan. pengental bahan yg mengentalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kental (adjektif)
1. Bersinonim dengan pekat: likat, menjelunut, melekat, ganteng, bergelintin, gadik, lekit, tidak cair,
Berantonim dengan cair

2. Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,

3. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : mengental, mengentalkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tepukan yang "gemuruh" atau "bergemuruh"? pegangan agama yang "kental" atau "kukuh" atau "kuat"? Tindakan berani seseorang pekerja berjaya menggagalkan "perompakan" atau "rompakan"? "Perkembangan" atau "pengembangan" bahasa Melayu? Mana satu yg betul? Dan apakah sebabnya? Mohon pencerahan munsyi

Penggunaan bahasa/tatabahasa yang tepat adalah seperti berikut:

 

1. Tepukan yang gemuruh.

2. Pegangan agama yang kuat

3. Pekerja yang berjaya menggagalkan rompakan

4. Perkembangan ialah hal atau perbuatan berkembang, dan

    pengembangan ialah hal atau perbuatan mengembang atau mengembangkan.

    Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang ingin disampaikan.

Lain-lain21.08.2021
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012
bagaimanakah saya boleh memulakan karier sebagai seorang penulis?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. 

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

   

Lain-lain30.12.2008
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas.1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini.
2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu.
4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang.
5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini.  
6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 
7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu.
8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari.
9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini.
10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini.
Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa14.05.2012
Salam sejahtera saya ingin megetahui apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menulis cerpen dengan baik.

Antara ciri-ciri  penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorangpenulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) olehpenulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulispelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain26.10.2010
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain19.10.2010
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih.

Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan:

Teks 1:

As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation.

Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud.

May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times.

Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation.



Terjemahan Teks 1: 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita.

Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini.

Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat.

Teks 2:

Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic.

Together, we will continue this journey.

Together, we will grow from strength to strength.

We will persevere.

Malaysia Cares.



Trjemahan Teks 2:

Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Bersama-sama kita meneruskan perjalanan.

Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan.

Kami tidak akan mengalah. 

Malaysia Prihatin

Makna10.09.2021

Kembali ke atas