Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tang] | کنتڠ

Definisi : sj ubi (dimasak dlm gulai atau dijadikan bahan kuih), Solanum tuberrosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tang] | کنتڠ

Definisi : , = ubi ~ nama sj ubi, Solanum tuberosum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kentang

Puisi
 

Ubi kentang perkara ubi,
     Ubi setela dalam dulang;
Budi banyak perkara budi,
     Budi yang mana disuka orang?


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ubi kentang perkara ubi, Ubi setela dalam dulang; Budi banyak perkara budi, Budi yang mana disuka orang?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ubi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Yam borek kelabu kentang, Mari ditambat limau manis; Sudah hari waktu petang, Bentang tikar tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas