Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok wan[to/ wAn] bapa kepada bapa atau bapa kepada ibu seseorang, datuk; tok cai.Ambek kopiah tok wan kita nak pi kedai nak beli beraeh tok hang nak masak.[Am.be/ ko.pi.jAh to/ wAn ki.tA nA/ pi k«.dAj nA/ b«.li b«.ÒAEh to/ hAN nA/ mA.sA/]Ambil songkok tokwan, kita hendak pergi ke kedai membeli beras supaya nenekmu dapat memasak nasi.
tok cai[to/ tSAj] bapa kepada bapa atau bapa kepada ibu seseorang, datuk; tok wan.Ambek kopiah tok wan kita nak pi kedai nak beli beraeh tok hang nak masak.[Am.be/ ko.pi.jAh to/ tSAj ki.tA nA/ pi k«.dAj nA/ b«.li b«.ÒAEh to/ hAN nA/ mA.sA/]Ambil songkok tokwan, kita hendak pergi ke kedai membeli beras supaya nenekmu dapat memasak nasi.
tok[to/]kata namaibu kepada bapak atau ibu kepada ibu, nenek.Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok.[mA.sA to/ hAN b«.ÒA.nA/ kAt pA/ hAN dZ«.pun bA.Òu mA.so/]Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak.
cai[to/ tSAj]kata namatok aki, tok wan, atau tok ayah, gelaran untuk ayah kepada bapa atau ayah kepada emak.Tok cai saya mata dia rabon dah.[to/ tSAj sA.jA mA.tA di.jA ÒA.bon dAh]Mata tok aki saya sudah rabun.
kenen[kE.nEn]kata kerjamenujukan perkataan kepada seseorang tetapi dengan cara mengiaskannya kepada orang lain, sindir.Aku tau, dia bukan nak kata kat Mat, tapi nak kenen kat aku.[A.ku tAw di.jA bu.kAn nA/ kA.tA kAt mAt tA.pi nA/ kE.nEn kAt A.ku]Aku tahu, dia bukan hendak menujukan kata-katanya kepada Mat tapi menyindir aku.
wan[wAn]kata kerjaarahan atau isyarat kepada penarik langca untuk masuk ke persimpangan yang terdekat.Bila dia kata ‘wan’ Cina lanca tu pon belok masuk rumah dia.[bi.lA di.jA kA.tA wAn tSi.nA lAn.tSA pon bE.l/ mA.so/ Òu.mAh di.jA]Apabila disebutnya ‘wan’, penarik lanca itupun membelok masuk ke rumahnya.
makloh[mA/.lh]kata namagelaran kepada orang yang baru memeluk agama Islam, mualaf, saudara baru.Salah satu kreja PERKIM kena bantu makloh.[sA.lAh sA.tu kÒ«.dZA p«r.kim k«.nA bAn.tu mA/.lh]Salah satu daripada tugas PERKIM ialah membantu saudara-saudara baru.
dahoq[dA.hâÖ]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain, tamak.Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau.[di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw]Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya.
caq[tSAâÖ]kata nama1. panggilan dan gelaran kepada ahli keluarga yang tertua atau yang sulung dalam susunan sesuatu keluarga, abang yang sulung (bang caq), kakak yang sulung (kak caq), datuk yang sulung (tok caq).Lembu jantan ada caq kat ataeh tengkok dia.[l«m.bu dZAn.tAn A.dA tSAâÖ kAt A.tAeh t«N.ko/ di.jA]Lembu jantan mempunyai ponok di atas tengkuknya.
berok mat ye[b«.Òo/ mAt yE] gelaran kepada orang yang tidak disukai (kerana rupa, kelakuan atau sebab-sebab lain).Depa tak mau bekera sama dengan berok mat ye tu, pasi dia kedekut paet.[dE.pA tA/ mAu b«.kE.ÒA sA.mA d«.NAn b«.Òo/ mAt yE tu pA.sAj di.jA k«.d«.kut pAet]Mereka tidak mahu berkira bicara dengan orang itu (berok mat ye) kerana dia sangat kedekut.
1234

Kembali ke atas