Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembundaranround offPerbuatan menyatakan sesuatu nilai kepada nilai terdekat. Contohnya, 228 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 230 dan 23.3578 dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan ialah 23.36.Menengah Atas
tambah berulangrepeated additionOperasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12.Menengah Rendah
tangen kepada lengkungtangent to a curveGaris lurus yang menyentuh lengkungan pada suatu titik, tanpa memotongnya. Lihat rajahMenengah Atas
tangen kepada bulatantangent to a circleGaris lurus yang menyentuh bulatan hanya pada suatu titik tanpa memotongnya. Lihat rajahMenengah Atas
normal kepada satahnormal to a planePerihal garis yang serenjang atau bersudut tegak dengan satah yang berkenaan. Lihat ContohMenengah Atas
normal kepada lengkungnormal to a curvePerihal garis yang serenjang dengan tangen pada titik yang berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
cerakinpartitionMemisahkan nombor kepada beberapa bahagian mengikut nilai tempat. Contohnya, 235 = 200 + 30 + 5.Menengah Rendah
terbitan keduasecond derivativeTerbitan kepada suatu terbitan yang ditulis.Menengah Atas
hubungan satu kepada satuone to one relationPadanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
hubungan satu kepada banyakone to many relationPadanan antara satu unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
123456

Kembali ke atas