Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Apakah perbezaan dan fungsi antara Salinan Kepada (s.k) dan Senarai Edaran dalam penyediaan surat rasmi? Adakah surat s.k. tersebut memerlukan tindakan si penerima s.k. atau sekadar makluman sahaja? Terima kasih.Salinan kepada dinamakan kepada pihak lain, selain penerima dan pada amalannya salinan kepada dinamakan kepada seorang, dua orang atau tiga orang daripada mereka yang berkepentingan seperti Pengarah dan Ketua Bahagian. Senarai edaran pula mengandungi senarai penerima. Salinan kepada bertujuan untuk memaklumkan pihak berkenaan dan tindakan selanjutnya (jika ada) diputuskan oleh pihak berkenaan.Tatabahasa20.07.2023
Saya keliru dengan penggunaan untuk / kepada. 1) Ayah menghadiahkan buku kepada Ali 2) Ayah mengirim surat kepada Ali. 3) Ayah memberikan buku kepada Ali. Tiga ayat di atas , guna kepada . betul? 1) Ibu menyediakan makanan untuk Ali. 2) Ibu menggoreng pisang untuk Ali. 3) Ibu membeli kasut untuk Ali. Tiga ayat di atas guna "untuk" betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan "kepada" dan "untuk" dalam semua ayat tuan adalah betul. Tatabahasa05.10.2023
Tuan, Di sini ingin bertanya bahawa i) meminta maaf daripada atau kepada jiran. ii) memohon ampun daripada atau kepada ibu bapa pada hari raya? banyak yang melihat memohon maaf kepada? adakah kepada betul? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Ayat yang betul ialah "Meminta maaf daripada jiran." dan "Memohon ampun daripada ibu bapa pada hari raya."Tatabahasa27.11.2023
Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”,  (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya"
dan  (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.”

 

Tatabahasa14.06.2022
sama ada kata kerja "memohon" boleh diikuti degan perkataan "kepada". Sebagai contoh: "memohon kepada Mahkamah"Sekiranya bersesuaian dengan ayat yang dibentuk, perkataan memohon boleh diikuti dengan perkataan kepada.Tatabahasa16.07.2021
Salam sejahtera. Yang mana satu betul? 1. Kiriman buat yang tersayang 2. Kirimkan buat yang tersayang 3. Kirimkan kepada tersayang 4.Kirimkan kepada yang tersayangSemua ayat tersebut betul.

1. Kiriman buat yang tersayang
2. Kirimkan buat yang tersayang
3. Kirimkan kepada tersayang
4. Kirimkan kepada yang tersayang
Tatabahasa09.09.2021
Kepada pihak DBP, Saya cuba cari assistant professor dalam Bahasa Melayu dalam DBP tetapi tidak menjumpai. Saya ingin tanya "Assistant Professor" menterjemah ke Bahasa Melayu yang betul. Mintan pertolongan DBP. Sekian Terima Kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah assistant professor ialah penolong profesor. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah09.04.2023
Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat.Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti  "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan".Tatabahasa28.10.2022
Kepada tuan/puan yang dihormati, Kata sendi nama yang digunakan selepas penggunaan "di antara" , sepatutnya "dan" atau "dengan" ? Terdapat nota yang menyatakan bahawa kata sendi "dengan" hanya digunakan untuk menunjukkan perbandingan. Contohnya, " Antara Abu dengan Ali, Ali lebih pandai." Kata sendi "dan" pula digunakan untuk menghubungkan dua objek atau kata nama yang mempunyai sifat yang setara. Maka, saya ingin bertanya tentang penggunaan ayat seperti yang berikut: "Rumah saya terletak di antara sebuah masjid dan sebuah sekolah." ATAU "Rumah saya terletak di antara sebuah masjid dengan sebuah sekolah." Manakah yang tepat? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Rumah saya terletak di antara sebuah masjid dengan sebuah sekolah". Tatabahasa17.07.2022
Kepada Tuhan ()kita perlu meminta pertolongan dan bantuan setelah berusaha. Ajua Blah Cpun Dkah Mana satu yang betul Terima kasihSoalan tidak difahami, kami berharap tuan dapat mengemukakan soalan dengan jelas.Lain-lain26.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas