Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENTOR

Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua,

dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada

epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus

(Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur

dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor

sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus.

Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah

menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari

ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor

yang baik dan boleh dipercayai.

UMUM 
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
ESTER

Ester merujuk kepada kelas utama sebatian

organik. Ester banyak terdapat dalam alam semula

jadi terutamanya dalam lemak dan minyak. Ia

memberikan bau wangi kepada bunga dan rasa

kepada buah.

UMUM 
TERMOGANDINGAN

Termogandingan ialah peranti elektrik yang

menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau

tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan

dibuat dengan memintal hujung dua dawai

berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk

membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga

dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan.

Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang

disambungkan kepada satu daripada dawai di

antara simpangan akan menunjukkan pengaliran

arus termoelektrik (dijana oleh haba).

UMUM 
POLITEISME

Politeisme ialah kepercayaan kepada lebih

daripada satu tuhan. Kepercayaan kepada satu tuhan

disebut monoteisme . Sebagai contoh, agama

Hindu, merupakan agama poliestik.

UMUM 
PHILIP, KING

Philip, King ( ? –1676) ialah ketua kaum Orang

Asli Wampanoag di Amerika Utara pada tahun

1662. Nama sebenarnya ialah Metacomet. Dia

adalah anak kepada Massasoit sahabat kepada

Bapa Penziarah. Philip menggantikan abangnya

sebagai ketua.

UMUM 
TANZANIT

Tanzanit ialah batu permata separa bernilai. Ia

adalah jenis mineral yang dinamakan zoisit . Hablur

tanzanit adalah trickroik (tiga warna). Apabila batu

permata ini dipusingkan, warnanya bertukar

daripada biru tua kepada ungu kepada hijau

kekuningan.

UMUM 
ANGKAT BERAT

Angkat berat merujuk kepada perbuatan

mengangkat beban yang disambungkan kepada

sebuah gandar besi. Ia merupakan  asas

dalam pertandingan sukan. Angkat berat juga

dikenali sebagai angkat tenaga atau powerlifting .

UMUM 
MUHAJIRIN

Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada

sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang

beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu

daripada orang lain. Mereka berhijrah

meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta

benda semata-mata untuk menegakkan kalimah

Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah

berfirman yang bermaksud:

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula

(berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang

Muhajirin dan Ansar”.

(Surah al-Tawbah 9:100)

UMUM 
KEMANDULAN

Kemandulan merujuk kepada ketakupayaan

membiak. Kemandulan berlaku pada kesemua

bentuk hidupan, daripada mikroorganisma hingga

kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan peringkat

tinggi dan manusia.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas