Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Pantun

PantunSumberTema
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah.Pantun Melayu SarawakAgama
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Limau manis buah papaya, Bunga selasih ditiup angin; Mulut manis kepada saya, Hati kasih kepada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas