Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuitykesinambungan; keselanjaranKejuruteraanTiada1. Penyambungan lantai kepada rasuk, dan rasuk kepada rasuk yang lain atau kepada tiang, yang dilakukan dengan baik sehinggakan kedua-duanya melentur bersama-sama apabila ditindaki beban dan, dengan sebab itu, saling mengukuhi.,2. Kewujudan laluan tak terganggu bagi arus dalam sesuatu litar.,3. Helaian yang disediakan untuk digunakan dalam persembahan lisan bagi siaran radio.
complement of a setpelengkap setMatematikTiadaUnsur set E yang bukan dalam set A adalah unsur kepada set pelengkap kepada A, diberi set A sebagai subset kepada set E.
mesophilicmesofiliPerubatanTiadaBerkaitan dengan sifat suka kepada suhu sederhana, merujuk kepada bakteria yang berkembang baik pada suhu di antara 20 darjah celsius dan 45 darjah celsius.
composite functionfungsi kompositMatematikTiadaFungsi yang bergantung kepada pembolehubah yang bergantung kepada pemboleh ubah lain pula, dan boleh ditulis sebagai fungsi suatu fungsi.
souvenir menumenu cenderamataPentadbiran PerniagaanTiadaMenu yang dihadiahkan kepada pelanggan sebagai tarikan kepada pelanggan.
maladjustmentsalah laras; salah suaiPerubatanTiadaDi dalam psikiatri, merujuk kepada kegagalan menyesuaikan diri kepada persekitaran, biasanya ditandakan dengan keresahan, depresi dan lain-lain.
androgenicandrogenikPerubatanTiada1. Merangsangkan ciri jantan, atau memaskulinkan, merujuk kepada hormon. 2. Merujuk kepada tisu yang berupaya menghasilkan hormon androgen.
dispersionpenyerakan/penyebaran; sebaran/serakanKejuruteraanTiada3. Pengasingan satu alur cahaya kepada warna komponennya, yakni kepada panjang gelombang komponennya, supaya spektrum terbentuk.
bynamenama berianPerpustakaanTiadaNama julukan atau gelaran yang diberi oleh orang lain kepada seseorang sebagai tambahan kepada nama sebenarnya.
monologuemonologKesusasteraanTiadaPercakapan panjang yang dituturkan oleh seorang watak sahaja sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada pendengar atau pembaca.
12345678910...

Kembali ke atas