Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da.tan] | کڤادتن

Definisi : 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da.tan] | کڤادتن

Definisi : 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Apa maksud DEMOGRAFI respondan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menye­babkan orang lambat-laun berusaha mem­peroleh kerja.Makna31.05.2010
apakah yang dimaksudkan dengan istilah luar bandar dari segi jaraknya daripada bandar

Saudara,

Takrif luar bandar ialah kawasan yang berada di luar kawasan bandar yang bercirikan pertanian dan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah, iaitu kurang daripada 10,000 penduduk. Takrif berdasarkan jumlah penduduk bukan berdasarkan jarak dari bandar.

Makna18.06.2010
Assalamualaikum, saaya syuhaida, pelajar Bacelor Sastera di UPM. Saya hendak membuat kajian tentang ruang persembahan teater di Malaysia. Jadi, saya berminat untuk membuat kajian ini tentang Dewan Audotorium DBP. Saya inigin mengetahu tentang sejarah/asal usul dewan, fasiliti yg ada dalam dewan, peaturan yang ditetapkan dan juga tentang kepadatan/keluasan dewan. Jadi, bagaimana ye dan dengan siapa saya boleh berhubung mengenai dewan ini dengan lebih jelas.Salam sejahtera,

Kajian tentang Dewan Auditorium DBP.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak saudari bolehlah menghubungi Pegawai di Bahagian Pentadbiran Am untuk mendapatkan maklumat dan mengaturkan sesi janji temu untuk tujuan kajian lapangan tersebut. Maklumat pegawai untuk dihubungi seperti maklumat yang berikut:

Nama: Encik Aris bi Othman
Alamat: Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon Pejabat: 03-2147 9708
E-mel: aris_o@dbp.gov.my

Sekian, untuk pemakluman
Lain-lain09.06.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih.

Berikut adalah jawapan bagi soalan puan:

1.   Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan.

2.   Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta.

3.   Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas.

Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori.
Tatabahasa19.11.2014
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017

Kembali ke atas