Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pan.daian] | کڤنداين

Definisi : kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pan.daian] | کڤنداين

Definisi : keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reasonably proficientkepandaian yang berpatutanUndang-undangTiadaTiada
farming know-howkepandaian perladanganGeografiTiadaTiada
wisdomkebijaksanaanKesusasteraanTiadaKepandaian menggunakan akal, pengalaman dan pengetahuannya.
trickster talecerita muslihatKesusasteraanTiadaCerita yang mengesahkan kepandaian seseorang dalam menyelesaikan beberapa masalah secara tipu helah dan akal yang cerdik. Contoh: cerita Siti Muslihat dan cerita-cerita Sang Kancil.
engraverpengukirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang mahir dalam menghasilkan suatu seni tangan yang halus dengan cara mengukir bahan seperti kayu, logam, tembikar dan emas. Kepandaian dan kreativiti seseorang pengukir merupakan bakat semula jadi yang telah sedia ada dalam diri seseorang pengukir. Seni ukir ini amat penting kerana amat dititikberatkan oleh golongan pemerintah pada zaman dahulu sehingga muncul beberapa pengukir khas di sesebuah istana.

Kembali ke atas