Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.ya.han] | کڤايهن

Definisi : 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.ya.han] | کڤايهن

Definisi : hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Peribahasa

Seperti menukul paku lemah.

Bermaksud :

Kepayahan mengajar orang yang malas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kampit, *kupit* MSbsejenis perahu besar.Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompek ambulung Bj Smlempeng sagu.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas