Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.ya.han] | کڤايهن

Definisi : 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.ya.han] | کڤايهن

Definisi : hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Peribahasa

Seperti menukul paku lemah.

Bermaksud :

Kepayahan mengajar orang yang malas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
difficult levelaras kepayahanPendidikanTiadaTiada
difficult scaleskala kepayahanPendidikanTiadaTiada
difficult scoremarkah kepayahanPendidikanTiadaTiada
slope (index)/indeks kepayahan)SukanTiadaTiada
difficulty indexindeks kesukaranPsikologiPsikologi UmumPetunjuk kepayahan yang digunakan untuk menyusun atau menggredkan butiran atau skala ujian. Contohnya, pengkaji menyusun butiran ujian mengikut urutan daripada yang mudah kepada yang sukar.
security assessmenttaksiran sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer.

Kembali ke atas