Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pén.dé.kan]/[ke.pén.dé/.kan] | کڤينديقن

Definisi : 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pén.dé.kan]/[ke.pén.dé/.kan] | کڤينديقن

Definisi : 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya mahu menggunakan kependekan, apakah kependekan yang sesuai untuk perkataan "Tajuk"? Taj./Tjk? Saya tidak menjumpai apa-apa rujukan setakat ini. Boleh saya mereka kependekan sendiri?Tidak ada kependekan untuk tajuk. Pihak kami cadangkan perkataan "tajuk" dieja penuh.Ejaan24.07.2019
Apa makna kependekan 'fml' di prpm? Ada senarai kependekan lain yang boleh saya dapatkan dalam talian?Kependekan “fml” bermaksud formal (ly). Senarai kependekan yang khusus tidak terdapat dalam talian kami, walau bagaimanapun, senarai tersebut terdapat dalam beberapa buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, antaranya Kamus Dewan Perdana dan Kamus Inggeris Melayu Dewan.  Lain-lain05.08.2022
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat?Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat.Tatabahasa04.09.2011
Saya inginkan kepastian. Di antara "kau tulis" dengan "kautulis", yang manakah yang betul? "Kau" adalah kependekan bagi perkataan "engkau", sama juga "ku" kependekan bagi perkataan "aku". Mohon pencerahan. Terima kasih...Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku danlain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.Tatabahasa18.12.2017
Salam sejatera! Perlukah tanda noktah digunakan selepas kependekan seperti YAB/YB/YAM? Adakah tanda noktah cuma digunakan jika kependekan ini disusuli dengan nama/pangkat seseorang? Contoh: YAB. Dato' Seri XXX / YAB. Menteri Besar. Bagaimana pula jika kependekan ini digunakan begitu saja? Contoh ayat di dalam dialog: "Sejak dia digelar YB., makin menjadi betul perangai dia!" Sekian terima kasih.

Penggunaan singkatan yang betul ialah: (1)  YAB  (2) YB  (3) YAM (4) YBhg. 



Ejaan16.06.2020
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan yang berasal dari Arab diklasikikasikan dengan kependekan Ar., seperti "bismillah" dan "insya-Allah". Pada masa yang sama, kedua perkataan ini tidak mempunyai sebarang kependekan jika merujuk melalui tab kamus pelajar edisi kedua. Bagi perkataan "assalamualaikum" pula, terdapat tab pertama di mana ianya diberikan kependekan Ar, dan tab kedua yang tidak mengandungi apa-apa kependekan. Soalan saya: mengapakah terdapat perbezaan di dalam klasifikasi Ar pada sesetengah perkataan Arab? Saya ada sertakan lampiran sebagai panduan.Kamus Pelajar tidak meletakkan asal kata pada setiap entrinya. Kamus Pelajar memfokuskan penggunaan kata yang persis untuk rujukan pelajar. Untuk maklumat yang lebih lagi seperti asal kata dan peluasan makna perlulah merujuk Kamus Dewan atau yang terkini Kamus Dewan Perdana (hanya salinan keras disediakan buat masa ini).Lain-lain01.01.2021
Apakah kependekan bagi perkataan anak yang selalu digandingkan dengan nama seseorang yang bukan Muslim? Adakah Ambigapathy a/l Pandian, Ambigapathy al Pandian, Ambigapathu A/L Pandian?Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ambigapathy a/l PandianLain-lain12.10.2021
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Kependekan bagi perkataan TUAN ialah TN. atau TN tanpa noktah? Sekian. Terima kasihKependekan TUAN ialah TN. (titik untuk singkatan)Ejaan25.04.2019
Salam sejahtera, Bolehkah "abg" digunakan sebagai kependekan bagi perkataan abang, seperti mana "hj" adalah kependekan bagi haji. Terima kasih!Perkataan Abg.  boleh digunakan dalam nama seperti Hj. Terima kasih.  Lain-lain15.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas