Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pim.pi.nan] | کڤيمڤينن

Definisi : keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leadership contiuumatur kepimpinanPentadbiranTiadaAdunan gaya kepimpinan yang bermula daripada kepimpinan atokratik hinggalah kepimpinan demokratik.
leadershipkepimpinanPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.

revolutionrevolusiSains PolitikHubungan AntarabangsaPenggulingan kuasa atau kejatuhan sistem yang wujud, yang melibatkan pemindahan kuasa pemerintahan daripada satu kepimpinan kepada satu kepimpinan lain secara kekerasan. Penggantian kepimpinan ini sering kali melibatkan penyusunan semula perhubungan sosial dan ekonomi secara radikal. Revolusi politik mengakibatkan perubahan dalam sifat kuasa pemerintahan dan individu yang terlibat dalam sistem pemerintahan. Revolusi berakhir apabila monopoli kuasa oleh sesuatu pihak berjaya dihancurkan dan pihak yang baru mengambil alih kuasa pemerintahan sesebuah negara.
situational approach leadershipkepimpinan pendekatan keadaanPentadbiranTiadaKepimpinan yang menyatakan bahawa corak kepimpinan yang paling berkesan adalah bergantung kepada cara seseorang pemimpin itu berfungsi dalam keadaan tertentu.
  political leadershipkepimpinan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya.

organisational leadershipkepimpinan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau gaya bagaimana sesebuah organisasi diurus, ditadbir dan dikawalselia dalam sesebuah organisasi. Kebolehan merancang, merencana, melaksana, menyelaras, mengawal dan menilai adalah ciri utama kepimpinan organisasi. Dari sini konsep kepemimpinan itu dinilai dan diukur sama ada seseorang individu itu mampu atau sebaliknya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kesan daripada kepemimpinan yang cekap dan efisien, akan menyebabkan sesebuah organisasi mampu bertahan dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Kepimpinan organisasi ini berbeza dengan kepimpinan politik atau kepimpinan desa. Pengaruh peribadi amat terbatas, sebaliknya pengaruh organisasi yang dipimpinnya sama ada syarikat perniagaan, badan korporat, organisasi antarabangsa dan badan kebajikan yang mempengaruhi cara ia melaksanakan kerja, memberi arahan dan menentukan kepentingan yang utama. Sinonim kepemimpinan organisasi

charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
public sector leadershipkepimpinan sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Corak atau kaedah pentadbiran kerajaan yang melibatkan keupayaan mentadbir organisasi secara cekap, mantap dan efektif. Kepimpinan sektor awam memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan daya saing yang mementingkan kebolehan serta prestasi kerja yang berkualiti. Dalam pada itu, elemen kepimpinan ini turut merangkumi keupayaan menjana pendapatan; menyelaras dan mengawal operasi dan guna tenaga; mengawas dan memantau perjalanan program serta membina jaringan hubungan yang luas. Dalam konteks pentadbiran awam, daya kepimpinan, inovasi serta kelayakan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi proses pemilihan pegawai-pegawai ke jawatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam masing-masing terikat dengan garis panduan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

الإمامةkepimpinan (negara/sembahyang)Agama IslamFiqhKepimpinan dalam negara atau keimaman sembahyang.
charismatic leadershipkepimpinan karismaPentadbiranTiadaBentuk kepimpinan yang berasaskan ciri keupayaan peribadi pemimpin yang boleh membangkitkan semangat pekerja yang memberi kesan terhadap organisasi.
12345678910...

Kembali ke atas