Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap.

Puan Azeelia,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki.

Istilah24.06.2010
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.?Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan.Tatabahasa25.02.2013
Selamat petang. Apakah terdapat perbezaan antara pecahan seramik dan serpihan seramik? Yang manakah lebih tepat? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pecahan ialah sesuatu yang sudah pecah atau dipecahkan manakala serpihan ialah kepingan-kepingan kecil (daripada sesuatu seperti batu, kayu, dan lain-lain). Maka kedua-dua perkataan pecahan seramik atau serpihan seramik boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian. Makna29.04.2023
Apakah penjodoh bilangan bagi mahkota, keluarga dan buluh yang sudah dipotong?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk mahkota ialah sebuah, keluarga ialah sebuah dan kepingan buluh (sekiranya dipotong berbentuk kepingan).Istilah21.05.2015
Assalamualaikum...di sini saya ada sedikit pertanyaan berkaitan buku teks sjk bahasa malaysia tahun tiga. Info yg diberikan sedikit mengelirukan. muka surat 135.Gambang ialah sejenis alat muzik yang terdiri daripada beberapa kepingan besi. Setahu saya gambang merupakan kepingan kayu..harap diteliti semula. Terima kasihW'salam. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan meneliti semula info tersebut dalam buku teks tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.10.2016
Apakah maksud "tetupai" dan "sesendi"?Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Sesendi juga mempunyai maksud yang sama dengan sendi atau sendi-sendi.Makna18.07.2014
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
Apakah istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi " laminating pouches@laminate sheets"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah kepingan pelaminaan atau bahan pelaminaan.Istilah21.07.2016
Soalan berkaitan istilah bagi barangan tembikar. Adakah ayat dalam bahasa melayu bagi " Slip-painted calligraphic bowl" adalah "Mangkuk berhias slip berkaligrafi"?Sekiranya "slip painted" merupakan teknik menghias tembikar, maka pihak kami mencadangkan istilah "slip-painted calligraphic bowl" diterjemahkan sebagai "mangkuk bercat kaligrafi gelincir". Namun, sekiranya "slip" merujuk kepada kepingan kertas yang dilekatkan pada tembikar,  padanan yang tepat bagi istilah tersebut ialah "mangkuk berhias kepingan kaligrafi" atau "mangkuk berhias kepingan khat".Istilah21.08.2020
tetupai itu apa? leh tak saya dapatkan gambar tetupai? kalau ada sila hantar ke yewthiamyu@yahoo.com. terima kasih.Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah.Makna13.05.2008
123

Kembali ke atas