Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kepingan konkritconcrete slabBahan keras dan kukuh untuk membina rumah atau bangunan. Lihat RajahSekolah Rendah
jalur dwilogambimetallic stripKepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan.Menengah Rendah
kasa dawaiwire gauzeKepingan dawai halus yang digunakan untuk menyeragamkan haba api penunu Bunsen.Menengah Rendah
akumulatoraccumulatorSejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat RajahSekolah Rendah
boleh tempamalleableSifat bahan pepejal seperti aloi yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis.Menengah Atas
boleh tempamalleablePerihal sifat bahan pepejal seperti logam yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis.Menengah Rendah
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas

Kembali ke atas