Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.lauan] | کڤولاوان

Definisi : sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.lauan] | کڤولاوان

Definisi : kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepulauan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Kepulauan Borneo atau Pulau Borneo. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, kepulauan membawa maksud sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau, contoh: Kepulauan Borneo. Manakala perkataan pulau pula membawa maksud tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
Adakah ini betul? Virgin British Islands-Kepulauan Virgin BritishVirgin British Islands ialah  Kepulauan Virgin BritishLain-lain15.11.2019
Assalamualaikum DBP. Saya menjalankan kajian berkaitan Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna dalam tesis saya. Saya menemui bibliografi bagi kajian tersebut, iaitu 'James T. Collins. (1998). Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna: Tafsiran dan Klasifikasi Awal. Jurnal Dewan Bahasa. 42(6): 539 - 555'. Di manakah saya boleh mendapatkan salinan tersebut? Jika ada salinan tersebut, bolehkah pihak DBP menyertakan alamat e-mel atau nombor telefon bagi pihak yang berkenaan untuk saya hubungi bagi mendapatkan salinan tersebut. Jika tidak dapat diberikan secara percuma, saya berminat hendak membelinya.

Salam sejahtera.

Bahan Rujukan Pusat Dokumentasi Melayu

Hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Makalah  tersebut  terakam dalam Majalah Dewan Bahasa bulan Jun  1998. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mohon hantar permohonan  untuk mendapatkan bahan tersebut kepada Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut, untuk tindakan selanjutnya:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.


Lain-lain02.06.2021
Salam, Adakah perkataan "pulau" atau "kepulauan" diberikan singkatan dalam BM? Sekian, terima kasih.Perkataan pulau dan kepulauan tidak mempunyai singkatan dalam bahasa Melayu.Tatabahasa31.10.2014
Adakah terjemahan ini betul? United States Minor Outlying Islands - Negara Kepulauan Terpencil Minor Amerika SyarikatPihak kami mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai bagi perkataan United States Minor Outlying Islands iaitu Kepulauan Kecil Terpencil Amerika Syarikat.Lain-lain13.11.2019
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
(Saya menghantar WordPad soal ini sekali lagi kerana tuan mengatakan bahawa lampiran tidak terbuka) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Kami menerima pendapat tuan. Hal yang dikemukakan berkaitan dengan unsur semantik dalam konteks ayat tersebut. Tuan boleh sahaja menggantikan perkataan lain yang bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Sastera13.12.2016
Salam sejahtera, apakah padanan bahasa Inggeris yang sesuai bagi kata "Nusantara"? Adakah "Malay archipelago"? Sekian, terima kasih.Perkataan Malay archipelago boleh digunakan bagi padanan bahasa Inggeris kepulauan Melayu.Penyemakan dan penterjemahan16.08.2020
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
(Minta maaf tuan. WordPad untuk soal yang bertajuk "Ayat Tidak Waras - Dihidupkan Benda Ayat Tidak Hidup!" saya utus sekali lagi kerana kesalahan pengangkaan ayat. Ini rupa kedua soal saya.) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Sebelum tuan mengemukakan semula lampiran tersebut, mohon dipastikan tujuan penyemakan makalah. Kami bersedia menyemak bahagian makalah yang menimbulkan kekeliruan dari aspek bahasanya, tetapi tidak menyemak keseluruhan isi makalah termasuklah kandungannya.Tatabahasa09.12.2016
12

Kembali ke atas